Lawatan Kerja oleh YB Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak ke PEDi Kg Tebelu, Sebuyau
16 April 2023 | Aktiviti Terkini15 April 2023 telah PEDi Tebelu telah menerima Lawatan kerja oleh Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi ke PEDi Tebelu adalah bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa PEDI Tebelu. Yang Berhormat turut melihat pameran usahawan dan beramah mesra dengan peserta yang terlibat dengan Latihan. Program telah berjalan dari jam 2:00 petang sehingga 3:30 petang. Lawatan Kerja bermula dengan Yang Berhormat menandatangani buku digital.
Yang berhormat seterusnya melihat showcase usahawan & beramah mesra bersama peserta latihan.Yang Berhormat dan beberapa tetamu jemputan yang lain masuk ke dalam bilik latihan bagi mendengar taklimat mengenai PEDi Tebelu yang disampaikan oleh Pengurus PEDi Tebelu. Seterusnya adalah sesi penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran dan diakhiri dengan sesi begambar beramai-ramai di hadapan PEDi Tebelu.
Antara kelebihan dan kebaikan program ini adalah Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi dapat melihat sendiri perkembangan PEDi Tebelu. Peluang beramah mesra bersama Menteri dan beberapa ahli VIPyang lain. Dapat menyatakan kerisauan/kebimbangan/harapan PEDi Tebelu kepada tetamu VIP yang hadir. Mempromosikan aktiviti-aktiviti / khidmat yang disediakan oleh PEDi Tebelu. Mempromosikan produk usahawan kepada yang hadir pada hari tersebut. Menjadikan PEDi bukan sahaja sebagai pusat internet malahan boleh dijadikan lokasi untuk melakukan program dan pelbagai aktiviti berfaedah yang lain. Berkongsi idea dan pendapat bersama tetamu-tetamu VIP yang hadir.
Program ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai di luar PEDi Tebelu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: